Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Bekas Pengurus Muat Naik Video Nad Zainal Bersikap Kurang Ajar Dengan Anak Yatim

Bekas Pengurus Muat Naik Video Nad Zainal Bersikap Kurang Ajar Dengan Anak Yatim


Bekas Pengurus Muat Naik Video Nad Zainal Bersikap Kurang Ajar Dengan Anak Yatim

Posted: 23 Aug 2015 07:30 AM PDT

Bekas pengurus Nad Zainal, Alog Zuren berang dengan tuduhan pelakon itu bahawa dia melarikan sejumlah wang dan menjadi dalang pembubaran kelab peminatnya.

Sehubungan itu, dia telah memuat naik satu video menunjukkan Nad duduk dalam keadaan tidak sopan dan tidak mempedulikan anak-anak yatim dalam satu program yang berlangsung di sebuah rumah anak yatim Ramadan lepas.


 photo alog-facebook-1-7f.jpg
 photo alog-facebook-7f.jpg
Menerusi BH Online, bekas pengurus itu mendakwa sudah hilang sabar dengan Nad.

Saya sudah lama berdiam diri kerana kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menjaga aib satu sama lain. Namun, kesabaran saya seperti teruji apabila dia (Nad) membuat kenyataan sebegitu di Melodi.

Ini bukan kali pertama, ..saya sudah dikhabarkan mengenai perkara ini beberapa kali. Jujur saya katakan tuduhan yang dilemparkan kepada saya tidak berasas.

Saya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan bukti yang ada demi membersihkan nama baik saya. Bukan niat untuk memburukkan sesiapa namun Nad yang memulakan perkara ini.

Video yang dimuat naik oleh Alog jelas menunjukkan Nad asyik bermain telefon dan tidak mempedulikan seorang kanak-kanak yang cuba beramah-tamah dengannya.

Kasihan pula melihatkan kanak-kanak itu teruja tetapi tidak dilayan oleh Nad. Mungkin benar generasi baru lebih berminat dengan komunikasi dalam talian dan tidak mahu pula berkomunikasi di dunia sebenar. Ish ish ish…speechless.

Fizz Fairuz Tanya Adakah Saya ‘Menghiburkan’ Orang – Fara Mendoza

Posted: 22 Aug 2015 10:38 PM PDT

Selepas menafikan dirinya seorang perempuan murahan, Fara Mendoza nampaknya masih enggan dipersalahkan atas kekecohan yang berlaku antara dirinya dan Fizz Fairuz pada pertengahan bulan Ogos lalu. Secara jujur, memang Abang Nara tak tahu pun kewujudan Fara Mendoza sebelum ‘screenshot’ perbualannya dengan Fizz Fairuz menjadi viral. Pendedahan itu dilakukan oleh Fara kena tak tahan diganggu oleh suami Almy Nadia itu. Namun Fizz Fairuz memaklumkan yang dia tidak mengenali Fara Mendoza.

fara mendoza

Menariknya Fara Mendoza membuat pendedahan yang Fizz Fairuz pernah bertanya sama ada dirinya ‘menghiburkan’ orang. Apa maksud ‘menghiburkan’ di sini rasanya semua pembaca BeautifulNara pun tahu. Dengan imej seksi yang ditampilkan oleh Fara Mendoza, pasti ramai jejaka di luar sana yang senang salah faham. Namun itu bukanlah alasan untuk kita bertanyakan sesuatu yang tidak masuk akal seperti itu. Kata Fara:-

Pada 3 Ogos lalu saya menemani kawan baik saya, Emma Maembong ke lokasi penggambaran di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Fizz turut membintangi filem itu. Pulang dari set penggambaran, dia menghubungi saya menerusi aplikasi WeChat. Entah dari mana dia mendapatkan nombor telefon saya.

Saya tahu akaun bank itu palsu (selepas Fizz tunjukkan akaun banknya). Kononnya dia mahu belanja saya membeli-belah dan kemudian bertanya adakah saya 'menghiburkan' orang. Saya masih simpan semua isi kandungan perbualan kami. Saya tidak tahan apabila dia mula bercakap yang bukan-bukan. Saya bukan perempuan murahan dan perosak rumah tangga orang.

fara mendoza

Ada suara-suara yang menyatakan segala yang dilakukan oleh Fara ini adalah untuk menjadi popular agar nama dikenali ramai sekaligus mendapat lebih banyak tawaran berlakon. Iyerlah, pelakon baru mestilah kena ada kontroversi sikit untuk lebih dikenali. Namun Fara Mendoza menafikan semua itu. Kata Fara:-

Itu amaran saya kepada Fizz dan ia bukan bertujuan mencari publisiti murahan seperti yang diperkatakan.
"Saya tidak 'menjual diri' untuk cari rezeki, malah saya bukan penganggu rumah tangga orang.

Penjelasan ini diharap dapat membersihkan semula nama saya. Barangkali imej seksi saya mengundang prasangka kurang baik, namun hakikatnya saya tidak pernah mengganggu sesiapa.

Kepada yang bercakap buruk mengenai saya, jangan terlalu mudah menjatuhkan hukuman. Jika apa saya lakukan itu untuk mencari publisiti murahan, sudah lama saya buat, kenapa baru sekarang?

fara mendoza

Agak menyedihkan apabila selepas segala apa yang berlaku dan selepas sindiran Almy Nadia terhadap Fara Mendoza, masih tak banyak tawaran yang diterima olehnya. Hari yang dilalui tetap sama seperti sebelumnya. Kata Fara lagi:-

Kenapa dia (Almy Nadia) memuat naik empat gambar saya dalam Instagram miliknya berserta kata-kata 'pengarah ambil­lah pelakon baru ini berlakon'? Kalau betul saya mencari publisiti mesti saya dapat banyak tawaran selepas kejadian itu. Namun, sampai hari ini tidak apa pun yang luar biasa, hari-hari yang saya lalui masih sama.

fara mendoza

Nasihat Abang Nara kepada Fara Mendoza dan juga artis-artis baru, tak perlulah cipta kontroversi sebegini walau apa jua tujuan anda. Kalau betul kena kacau, pergi cakap ‘direct’ je tak suka diganggu kepada si pengacau. Tak perlu nak upload upload kat laman sosial nie. Memang lah boleh jadi popular sekelip mata kalau kena gayanya. Tapi kalau salah gaya, mahu berkubur terus karier anda. Tak gitu? Lain kali sebelum buat apa-apa, fikir dulu 1000 kali. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Lagi beberapa gambara Fara Mendoza dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

fara mendoza

fara mendoza

fara mendoza

fara mendoza

fara mendoza

fara mendoza

fara mendoza

fara mendoza

fara mendoza

fara mendoza

Ucapan Romie Sempena Hari Jadi Hanez Suraya Ini Sangat Romantik!!!

Posted: 22 Aug 2015 10:15 PM PDT

Semalam, 22 Ogos adalah hari jadi yang ke 30 buat Hanez Suraya.  Pada usia 30 tahun, Hanez menjalani kehidupan yang amat bahagia di samping suami tercinta, Romie serta anak-anak tirinya. Malah Hanez kini juga sedang meniti hari bakal bergelar seorang ibu. Tak salah untuk Abang Nara katakan kehidupan Hanez kini adalah apa yang diimpikan oleh semua wanita di luar sana. Semoga kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh Hanez ini kekal sehingga ke akhir hayat.

romie dan hanez suraya

Hanez Suraya telah pun berkongsi kata-kata daripada suaminya, Romie sempena dengan hari jadi yang 30 ini. Romantis, penuh nasihat dan sangat menusuk kalbu. Secara jujur, tiada apa yang dimahukan oleh seorang suami selain daripada isteri yang solehah dan ibu yang baik kepada anak-anak.
romie dan hanez suraya

Di gambar di atas, Hanez menulis kata-kata memanjatkan kesyukuran kepada suaminya:-

Syukur Alhamdulillah.. Tahun pertama menjadi isteri dan bakal mommy.. Terima Kasih Suami.. Semoga menjadi ketua keluarga yg baik dan dpt membimbing I menjadi seorang isteri yg lebih baik.. InsyaAllah.. Amin.

romie dan hanez suraya

Selamat hari jadi Abang Nara ucapkan kepada Hanez Suraya. Semoga segala cita-cita, impian dan harapan anda menjadi kenyataan. Semoga terus berbahagia di samping suami dan anak-anak tercinta.




@



Bekas Pengurus Muat Naik Video Nad Zainal Bersikap Kurang Ajar Dengan Anak Yatim