Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Orang Melayu Akan Bangsat Jika UMNO Hilang Kuasa – Najib

Orang Melayu Akan Bangsat Jika UMNO Hilang Kuasa – Najib


Orang Melayu Akan Bangsat Jika UMNO Hilang Kuasa – Najib

Posted: 23 Aug 2015 02:19 AM PDT

Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

najib-melayu

Presiden UMNO itu berkata oleh yang demikian, anggota UMNO wajib mempertahankan parti yang menerajui kepimpinan negara itu.

“Saya pernah kata bahawa seandainya UMNO hilang kuasa, apa akan terjadi kepada bangsa Melayu dan umat Islam?

“Dalam banyak-banyak perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa, ada orang kata, orang Melayu akan tersungkur, orang Melayu akan terkecundang dan ada yang kata orang Melayu akan tertiarap,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020 di sini, hari ini.

Menjelas lanjut mengenai perkara itu, Najib berkata beliau memilih perkataan bangsat kerana tidak ada perkataan lain yang boleh menggambarkan keadaan orang Melayu, yang akan cukup tertekan jika UMNO hilang kuasa.

“Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat kalau UMNO hilang kuasa. Terbangsat…tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan,” katanya.

Oleh itu, katanya segala permasalahan yang berlaku dalam parti perlu diselesaikan bagi memastikan UMNO kekal berkuasa.

“Kalau ada masalah, cari penyelesaian, sama ada peringkat nasional, peringkat negeri, takkan tidak ada penyelesaian,” katanya.

Katanya pelbagai dugaan dan masalah pernah dilalui parti itu sebelum ini, dan ia berjaya diselesaikan.

“Pengasas UMNO keluar UMNO dan tubuh parti lain, biro agama keluar dan tubuh parti PAS, UMNO diharamkan, presiden UMNO berlawan dan menang 41 undi sahaja, krisis kewangan 1997, zaman konfrontasi, komunis dan bermacam-macam…tapi kita berjaya melepasi daripada krisis-krisis tersebut,” katanya.

Najib berkata dengan adanya penyatuan dalam parti, tidak ada sebab UMNO tidak boleh kekal sebagai parti yang memerintah.

“Sebagai sebuah parti, kita harungi lautan yang terbentang luas, adakala bergelora dan adakala dipukul badai.
“Bahtera UMNO sebenarnya kuat dan telah diuji sekian lama dan telah banyak berjasa mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial sehingga dunia menganggap Malaysia di bawah UMNO sebagai sebuah negara model dan berjaya,” katanya.

Fasha Sandha Parah Ditembak Di Tempat Letak Kereta

Posted: 23 Aug 2015 01:38 AM PDT

Pelakon terkenal, Fasha Sandha ditembak di kawasan tempat letak kenderaan berhampiran sebuah restoran di Kota Damansara.

fasha-sandha

Pelakon Fasha Sandha dan Dazrin Kamarudin ditembak – Dua pelakon terkenal, Fasha Sandha dan Dazrin Kamarudin ditembak di kawasan tempat letak kenderaan berhampiran sebuah restoran di Kota Damansara.

Kejadian itu mengejutkan orang ramai yang berada di dalam restoran tersebut sehingga ada antara mereka yang membuat laporan polis, menyangka bunyi tembakan itu benar-benar berlaku.

Selang beberapa jam kemudian, penggambaran drama terpaksa dihentikan selepas didatangi dua kereta polis yang menerima aduan kejadian tembakan berkenaan.

Fasha Sandha dan Dazrin ditembak

Bagaimanapun, aktiviti penggambaran drama diteruskan semula selepas pihak polis mendengar penjelasan pengarah drama Along Kamaludin.

Katanya, perkara tersebut hanya salah faham sahaja kerana kejadian Dazrin dan Fasha ditembak seseorang dari dalam kereta sekadar babak lakonan.

“Kami buat babak itu di kawasan parkir bawah tanah sebenarnya, tapi tak sangka pula ada pengunjung restoran berhampiran terdengar dan menyangka ia kejadian jenayah sebenar.” Sumber asal : Harian Metro

Kontroversi Rumah Tangga Almy Nadia Kini Goyah?

Posted: 23 Aug 2015 01:24 AM PDT

UMUM mengetahui kontroversi mengenai rumah tangga Almy Nadia dan Fizz Fairuz yang melibatkan pendatang baru industri seni tempatan iaitu Fara Mendoza. Meskipun berita berkenaan menjadi buah mulut peminat seni namun Almy dilihat cukup tabah berhadapan dengannya.

faramendoza

Jika sebelum berkahwin dia pernah diuji dengan tindakan Fizz Fairuz yang bertunang dengan seorang wanita dari Pahang, kali ini dia diuji dengan dugaan yang lebih besar kerana mereka sudah pun bergelar suami isteri.

Terkesan dengan perkara itu, pelakon Dunia Baru itu telah memuat naik status di laman sosial Instagram miliknya yang mendakwa Fara sengaja mencari publisiti murahan. Bagaimanapun, beberapa hari selepas peristiwa itu, Almy nampaknya lebih tenang.

Ia terbukti apabila dia turut memuat naik gambar bersama anaknya yang kelihatan sedang berbahagia kini.

Ujarnya menerusi status itu, "assalamualaikum semua.. Selamat petang semua… Jom senyum selalu, happy selalu.. Biarkan gambar bercerita … Terima kasih semua syukur alhamdulillah," katanya.

Meskipun dilihat agak terbuka menerusi laman sosial, namun Almy bagaimanapun masih belum bersedia untuk mengulas lanjut mengenai kontroversi yang sedang dialaminya itu.

fizz-fairuz

"Saya minta maaf, buat masa sekarang saya tidak boleh memberi apa-apa komen, saya belum bersedia," katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Menyingkap mengenai kontroversi berkenaan, ia tercetus apabila Fara Mendoza bertindak memuat naik 'screen shot' perbualannya bersama Fizz Fairuz di laman sosial We Chat miliknya. Fizz kemudian bertindak pantas membersihkan namanya dengan tampil membuat kenyataan bahawa dia tidak pernah mengenali Fara.

Tetapi cerita tersebut tidak terhenti di situ apabila Fara kembali membalas mengatakan dia mempunyai bukti bahawa sememangnya perbualan tersebut berlaku antara dia dan Fizz. – Sinar Harian Online

Zed Zaidi Bengang Dituduh Bawa Lari RM4.8 Juta

Posted: 23 Aug 2015 01:07 AM PDT

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi bengang apabila difitnah kononnya dia terlibat dengan kemelut Koperasi Pengiat Seni Selangor Berhad (KOSENI) yang tidak melunaskan bayaran RM4.8 Juta kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Zed berkata, dia tidak tahu langsung mengenai masalah tersebut dan tiada kaitan dengan pihak KOSENI seperti yang diperkatakan.

"Saya pernah menjadi penasihat KOSENI tetapi ontrak saya dah lama habis. Tiba-tiba keluar cerita saya ada kaitan dengan masalah usahan IKS yang belum mendapat bayaran mereka daripada KOSENI.

"Ini semua fitnah! Ada pihak mahu mensabotaj saya dengan memburukkan reputasi saya sebagai seorang selebriti dan Presiden Seniman," katanya.

Kira-kira dua minggu lalu, Seramai 38 usahawan IKS merayu kepada pihak berkuasa supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu menyelesaikan kemelut masalah mereka dengan KOSENI.

Usahawan-usahawan tersebut mendedahkan menerusi sebuah sidang media yang diadakan telah ditipu apabila semua barangan yang bernilai keseluruhannya RM4.8 juta tidak dibayar seperti yang dijanjikan dan tertulis di dalam kontrak perjanjian.

Menerusi sidang media berkenaan, nama Zed juga disebut sebagai antara pihak dibawah KOSENI yang kononnya 'membawa lari' wang tersebut.

Sementara itu, Zed berkata, selepas membuat beberapa penyiasatan, dia berjaya mengesan individu yang menyebarkan fitnah mengenainya.

"Buat masa sekarang, apa-apa sahaja cerita saya yang keluar di akhbar, internet mahupun menerusi aplikasi Whatsapp, saya akan simpan sebagai bukti.

"Saya dah tahu siapa yang memfitnah saya. 'Menariknya', individu tersebut masih lagi memburukkan saya .

"Saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang sekiranya penyebaran fitnah ini masih berlanjutan," ujarnya.

Muhyiddin Kata Dirinya Kini Lebih Popular Dari Siti Nurhaliza

Posted: 23 Aug 2015 01:02 AM PDT

Walaupun sudah tidak bergelar Timbalan Perdana Menteri atau menjawat sebarang jawatan dalam Kabinet, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kini mendapat sokongan yang lebih banyak daripada rakyat.

Muhyiddin

Malah beliau secara berseloroh menyifatkan tahap popularitinya lebih tinggi berbanding penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

"Orang mahu berselfie (bersama saya). Saya fikir saya lebih popular daripada Siti Nurhaliza.

"Saya tahu ini bukan sentimen orang Melayu (sahaja), orang Cina dan India salam saya dan berkata 'support you'.

"Tindakan yang saya ambil ini mereka lihat wajar dan munasabah untuk perjuangkan nasib mereka, bukan orang Melayu sahaja tetapi semua kaum dalam negara ini," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Pontian, Johor pada Ahad.

Ziana Akui Insiden Mikrofon ‘Terbang’ Memang Kelakar

Posted: 23 Aug 2015 12:56 AM PDT

PENYANYI bersuara tinggi, Ziana Zain menyifatkan kejadian mikrofonnya 'terbang' ketika membuat persembahan sebagai sesuatu yang kelakar sepanjang kerjayanya.

"Rasa kelakar pula. Semua sebab losyen tangan. Pada penghujung nyanyian saya mahu mengangkat tangan, tetapi mikrofon pula yang terpelanting.

"Selamat saya tidak jatuh. Tetapi ketika kejadian, semua orang berdiri dan bersorak. Tetapi itulah, pakai losyen atau tidak, jika sesuatu nak terjadi, ia tetap akan terjadi," katanya. Beberapa hari lepas, video mikrofon  Ziana Zain 'terbang' ketika membuat persembahan di Kuala Lumpur Fashion Week 2015 (KLFW2015) mencuri perhatian netizen.

Namun sikap profesional Ziana dalam menangani insiden yang memalukan itu mendapat pujian. "Perkara seperti itu biasa terjadi kepada sesiapa pun. Jadi sekiranya ada penyanyi berhadapan dengan situasi di luar jangkaan seperti ini, tidak perlu gusar.

"Sebaliknya bersikap yakin di atas pentas sehinggalah habis persembahan," katanya dipetik portal berita tempatan. – Sinar




@



Orang Melayu Akan Bangsat Jika UMNO Hilang Kuasa – Najib