Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

(AL-FATIHAH)Julie Dahlan Meninggal Dunia

(AL-FATIHAH)Julie Dahlan Meninggal Dunia


(AL-FATIHAH)Julie Dahlan Meninggal Dunia

Posted: 30 Apr 2015 04:49 PM PDT

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada penerbit filem terkenal, Julie Dahlan yang telah pun meninggal dunia di Hospital Ampang di sini 7.30 malam semalam. Allahyarhamah berusia 62 tahun menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang. Julie Dahlah telah mendapatkan rawatan dialisis di Pusat Dialisis Prince Court sejak April 2013.
julie dahlan meninggal duniaBeliau pernah menerbitkan filem yang menjadi fenomena antaranya seperti Wira Angkasa (1987), Harry Boy (1991), Driving School (1990) dan Terakhir Cinta Metropolitan (1996). Malah Allahyarham turut popular menerusi lakonannya dalam filem Si Badol (1979), Idola (2002) dan Cicakman 2: Planet Hitam (2008).Sama-samalah kita doakan agar Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

(TAHNIAH)Hanez Suraya Kini Hamil

Posted: 30 Apr 2015 04:42 PM PDT

Alhamdulillah. Menerusi perkongsian adik kepada Hanez Suraya iaitu Hanez Safira, isteri kepada Romie Razin itu kini telah pun disahkan hamil. Murah sungguh rezeki pasangan pengantin baru ini. Pastinya Hanez dan Romie sangat teruja dengan berita gembira ini. Hanez sebelum ini telah memaklumkan yang dia ingin menimang cahaya mata sendiri. Kini impian tersebut telah menjadi kenyataan.

hanez suraya hamil

Inilah orang katakan rezeki selepas balik umrah. Pasti kehamilan adalah salah satu doa yang dipanjatkan oleh Hanez Suraya ketika berada di sana. Apa pun, kehamilan Hanez Suraya masih di peringkat awal. Jadi kenalah banyak berehat dan tidak melakukan kerja berat. Semoga segalanya dipermudahkan. Tahniah Hanez dan Romie.




@



(AL-FATIHAH)Julie Dahlan Meninggal Dunia