JATUH DI PENTAS - HANS ISAAC ALAMI CEDERA TULANG BELAKANG |
- JATUH DI PENTAS - HANS ISAAC ALAMI CEDERA TULANG BELAKANG
- ERIN MALEK DEDAH DIKUTUK GEMUK OLEH PEMINAT
- IMPIAN JADI KENYATAAN - HANEZ SURAYA KINI HAMIL
- AL FATIHAH - JULIE DAHLAN KEMBALI KE RAHMATULLAH
JATUH DI PENTAS - HANS ISAAC ALAMI CEDERA TULANG BELAKANG Posted: 30 Apr 2015 07:34 PM PDT Malang tak berbau! Itulah yang berlaku kepada Hans Isaac, 43, apabila dia mengalami kecederaan tulang belakang yang serius akibat terjatuh semasa beraksi di pentas Istana Budaya pada Isnin lalu. Menurut Hans, kemalangan itu berlaku sewaktu babak pembukaan pentas pada malam ketiga pementasan tersebut. Klik gambar untuk size besar << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
ERIN MALEK DEDAH DIKUTUK GEMUK OLEH PEMINAT Posted: 30 Apr 2015 07:09 PM PDT Erin Malek atau nama sebenarnya, Nur Arina Abdul Malek yang kini hamil empat bulan mendedahkan ada peminat yang memberikan komen berunsur negatif di laman sosialnya dengan mengatakan dia gemuk. "Terdapat segelintir pihak yang suka memberikan komen negatif terhadap artis-artis Malaysia, terutamanya di laman Instagram. Saya pun pernah melalui perkara tersebut. Walaupun saya kini sedang mengandung, ada yang memberikan komen dan mengatakan saya gemuk. Apa yang saya boleh buat hanyalah menyekat mereka sahaja. Saya malas mahu memikirkan perkara-perkara negatif seperti itu," ujar Erin dipetik sebagai berkata. Menurut Erin, suaminya, Farriz Fauzy agak marah dengan sikap segelintir pihak yang suka meninggalkan komen negatif di laman Instagram, namun begitu, lama kelamaan suaminya telah terbiasa dengan perkara itu. Klik gambar untuk size besar << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
IMPIAN JADI KENYATAAN - HANEZ SURAYA KINI HAMIL Posted: 30 Apr 2015 05:51 PM PDT Jika baru-baru ini, Hanez Suraya mengambil keputusan untuk berhijab, terkini Hanez dikhabarkan hamil anak sulung hasil perkongsian hidupnya bersama Romie Razin Adilha. Berita gembira itu disampaikan oleh adiknya, Hanez Safira menerusi laman Instagram miliknya. Tahniah kami ucapkan! Klik gambar untuk size besar << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
AL FATIHAH - JULIE DAHLAN KEMBALI KE RAHMATULLAH Posted: 30 Apr 2015 04:51 PM PDT Penerbit filem terkenal Julie Dahlan atau nama sebenarnya Junaidah Dahlan, 62, telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 7.30 malam semalam akibat komplikasi pelbagai penyakit yang dideritainya sejak beberapa tahun lalu. Hani Nur Zara anak kepada Allahyarham berkata, ibunya meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi. "Ketika dalam perjalanan ke hospital menaiki ambulan, arwah ibu sudah mula sesak nafas. Apabila sampai sahaja di hospital, doktor mengesahkan dia sudah pergi. Klik gambar untuk size besar << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
You are subscribed to email updates from myartis.com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@